Pages

Followers

Sunday, June 1, 2014

SIBUK MENGEJAR KEHIDUPAN YANG SEMENTARA (RENUNGAN BERSAMA)


Belajar..Belajar..Belajar..!!
Siapkan assigment, belajar lagi, kerja part-time lagi, main lagi sampailah pukul 2 pagi.
Study, Quiz, Test, Exam, Exam lagi.. Cari marks lagi,
Rindu dengan orang itu, rindu dengan orang ini, cemburu dengan orang ini.
Bincang pasal nikah, lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau kalau pergi kelas lewat  tapi x risau solat x lambat.
Balik rumah dah lewat, solat asar dan magrib ntah ke mana.
Perut lapar pergi cari makanan. Duit x ada telefon mak ayah,sedangkan kita x tahu situasi mereka kat sana.
Bila rasa x tenang kita dengar lagu, pakai earphone dengar lagu ntah apa2. Duduk dikawasan yang tenang untuk tenangkan fikiran.
Al-Quran tidak disentuh, masjid pun tak jejak.








Benda yang sama lagi dibuat. Sambil online, tiba2 terbaca satu tweet.. "Buat apa pun jangan lupa Allah nampak semua. Malaikat mencatat"

Tanpa rasa tersentuh, hati mula berkata, "Aku tahulah Allah Maha Melihat dan Malaikat sentiasa Mencatat"
Lepas tu terus dengar lagu english tersebut dan main game.



Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya Malaikat Maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat Allah tahu. Malaikat kiri dan kanan tahu. Malaikat Maut pun tahu.

Sambung dengar lagu englisg yang lain pula. Sibuk2 dengar, mulut pun ikut skali menyanyi. Baca Al-Quran?? ala..nanti2 pun bolehh..

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online, dan tengok jam rasa awal lagi dan teruskan online sehinggalah  waklu solat yang tadi hanya tinggal 5 minit sahaja. itu Alhamdulillah solat,yang terus x solat sebab alasannya dah terlewat? macam mana tu?







Malaikat Maut ziarah lagi..

Nasib x nampak je Malaikat Maut tu, kalau nampak confirm masing2 x ada masa nk buat benda yang lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur pula, belek2 phone dulu. Wish goodnight kat boyfrend atau girlfrend dulu.





Baru nak tutu mata nak tidur, tiba2 ada orang ketuk pintu. Ah sudah, siapa pula yang datang kacau ni?

Nak apa?! (Bengang sangat)

"nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ahh..Macam mana ni? Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama x solat taubat. Solat yang lepas2 pun aku sengaja tinggal nak buat macam mana?

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduhh..

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa bahawa Malaikat Maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa sahaja nak ambil nyawa. Selama ni leka di dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati itu bila2. tapi, semuanya sudah terlambat.



Jadi, mulai sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan yang sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan yang sibukbuat maksiat? Tepuk dada, tanya iman..


Sekian saja untuk minggu ini..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment