Pages

Followers

Saturday, June 14, 2014

IDOLA SAYA -DATO' SITI NURHALIZA BINTI TARUDDIN


 Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin  (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dariMalaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa. Beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di BangkokThailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.


Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun. Apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa. Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada. Beliau mengepalai senarai penyanyi wanita terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, di samping dengan vokalis ternama seperti Jaclyn VictorLiza HanimDayang Nurfaizah dan Misha Omar.


Sewaktu kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah, termasuk sukan dan pidato. Siti Nurhaliza menerima pendidikan terawalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional "Sirih Pinang" di acara akhir tahun persekolahan. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.


KERJAYA AWAL SENI

Setelah menyertai pertandingan demi pertandingan, pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995. Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan Adnan Abu Hassan, seorang penggubah lagu terkenal di Malaysia. Adnan membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal, sehingga akhirnya Siti menjuarai pertandingan tersebut. Setelah diberi pilihan dari empat syarikat rakaman antarabangsa, beliau menerima kontrak Suria Records, sekaligus mengetepikan tawaranSony MusicBMG Music dan Warner Music. In 1996, Suria Records released her first self-titled album, Siti Nurhaliza. Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi kerja album itu dengan persediaan menghadapi SPM. Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran.


MEKARNYA BINTANG

Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk popR&B, dan tradisional. Suara dan senikatanya nyata disambut hangat oleh masyarakat di MalaysiaSingapuraBrunei dan Indonesia.
Pada 12 Januari 1998, Siti membuka Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. sebagai agen rasmi yang akan menguruskan segala aktiviti seni beliau dengan lebih tersusun. Pada tahun yang sama, Siti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 21 September, di mana beliau berkongsi pentas dengan Céline Dion dan Rod Stewart untuk menghiburkan para hadirin. Upacara ini disiarkan di 70 buah negara, maka inilah kali pertama Siti Nurhaliza disaksikan oleh mata dunia.


Siti turut menjayakan konsert solo di Royal Albert HallLondon pada bulan April 2005, sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang, apatah lagi paling banyak single nombor satu di Malaysia ketika ini.



PERKAHWINAN SITI NURHALIZA

 Siti membuat pengumuman di sidang akhbar bahawa beliau menerima lamaran perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang sebelum ini hanya dikenali sebagai "Datuk K". Majlis pertunangan dan akad nikah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pada 21 Ogos 2006, di hadapan kira-kira 2.86 juta penonton TV menerusi siaran langsung.Jamuan perkahwinan pertama yang gilang-gemilang dengan kehadiran kerabat diraja, artis dan saudara-mara diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2006, dan disaksikan oleh 6.307 juta penonton di seluruh negara, walaupun terpaksa berkongsi masa dengan temubual Santai bersama Mawi dan Ina di RTM1. Majlis bersanding diadakan pada 3 September 2006, di Kuala LipisPahang. Perkahwinan Siti dan Datuk Khalid ini tersenarai di tangga ke-16 dalam senarai 20 Perkahwinan Terunggul seluruh dunia pada tahun 2006 (berdasarkan carian pengguna) dalam blog Yahoo! Buzz.


PRODUK SITI ( SIMPLYSITI)

Beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM. Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.

DISKOGRAFI
Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, terutama sekali di Malaysia dan Indonesia, sepanjang kerjayanya dalam bidang seni. Album sulungnya dilaporkan terjual lebih 50,000 salinan dan lapan daripada 14 album solonya turut menerima sijil Emas, Platinum atau berbilang Platinum dari Malaysia dan Indonesia: album Siti Nurhaliza kedua (6 kali platinum, 400,000 salinan dijual), Cindai (5 kali platinum, 400,000 dijual di Malaysia dan 100,000 dijual di Indonesia), Adiwarna (4 kali platinum), Pancawarna (2 kali platinum),"Siti Nurhaliza Tarudin Official" Sahmura (2 kali platinum), Sanggar Mustika (emas di Indonesia dengan lebih 75,000 dijual), E.M.A.S (2 kali platinum, 200,000 dijual platinum di Indonesia, lebih 300,000 dijual) dan Transkripsi (4 kali platinum, 80,000 dijual).


Album Studio
  • 1996: Siti Nurhaliza I
  • 1997: Siti Nurhaliza II
  • 1997: Cindai
  • 1998: Adiwarna
  • 1999: Pancawarna
  • 2000: Sahmura
  • 2001: Safa
  • 2002: Sanggar Mustika
  • 2003: E.M.A.S
  • 2004: Prasasti Seni
  • 2006: Transkripsi
  • 2007: Hadiah Daripada Hati
  • 2008: Lentera Timur
  • 2009: Tahajjud Cinta
  • 2011: All Your Love

 SEKIAN....

Sunday, June 1, 2014

SIBUK MENGEJAR KEHIDUPAN YANG SEMENTARA (RENUNGAN BERSAMA)


Belajar..Belajar..Belajar..!!
Siapkan assigment, belajar lagi, kerja part-time lagi, main lagi sampailah pukul 2 pagi.
Study, Quiz, Test, Exam, Exam lagi.. Cari marks lagi,
Rindu dengan orang itu, rindu dengan orang ini, cemburu dengan orang ini.
Bincang pasal nikah, lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau kalau pergi kelas lewat  tapi x risau solat x lambat.
Balik rumah dah lewat, solat asar dan magrib ntah ke mana.
Perut lapar pergi cari makanan. Duit x ada telefon mak ayah,sedangkan kita x tahu situasi mereka kat sana.
Bila rasa x tenang kita dengar lagu, pakai earphone dengar lagu ntah apa2. Duduk dikawasan yang tenang untuk tenangkan fikiran.
Al-Quran tidak disentuh, masjid pun tak jejak.








Benda yang sama lagi dibuat. Sambil online, tiba2 terbaca satu tweet.. "Buat apa pun jangan lupa Allah nampak semua. Malaikat mencatat"

Tanpa rasa tersentuh, hati mula berkata, "Aku tahulah Allah Maha Melihat dan Malaikat sentiasa Mencatat"
Lepas tu terus dengar lagu english tersebut dan main game.



Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya Malaikat Maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat Allah tahu. Malaikat kiri dan kanan tahu. Malaikat Maut pun tahu.

Sambung dengar lagu englisg yang lain pula. Sibuk2 dengar, mulut pun ikut skali menyanyi. Baca Al-Quran?? ala..nanti2 pun bolehh..

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online, dan tengok jam rasa awal lagi dan teruskan online sehinggalah  waklu solat yang tadi hanya tinggal 5 minit sahaja. itu Alhamdulillah solat,yang terus x solat sebab alasannya dah terlewat? macam mana tu?







Malaikat Maut ziarah lagi..

Nasib x nampak je Malaikat Maut tu, kalau nampak confirm masing2 x ada masa nk buat benda yang lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur pula, belek2 phone dulu. Wish goodnight kat boyfrend atau girlfrend dulu.





Baru nak tutu mata nak tidur, tiba2 ada orang ketuk pintu. Ah sudah, siapa pula yang datang kacau ni?

Nak apa?! (Bengang sangat)

"nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ahh..Macam mana ni? Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama x solat taubat. Solat yang lepas2 pun aku sengaja tinggal nak buat macam mana?

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduhh..

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa bahawa Malaikat Maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa sahaja nak ambil nyawa. Selama ni leka di dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati itu bila2. tapi, semuanya sudah terlambat.



Jadi, mulai sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan yang sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan yang sibukbuat maksiat? Tepuk dada, tanya iman..


Sekian saja untuk minggu ini..Assalamualaikum..

Tuesday, May 20, 2014

4 jenis hidangan yang perlu ada di dalam sajian makanan.

salam sejahtera semua yang sudi baca blog ini..

hari ni saya nak kongsi tentang 4 jenis hidangan yang perlu ada di dalam sajian makanan.

iaitu yang pertama ialah Pembuka Selera (appetizer)
yang kedua ialah sup (soup)
yang ketiga ialah hidangan utama (main course)
dan yang akhir sekali ialah pencuci mulut (dessert)



pembuka selera ialah sejenis makanan yang ringan dan tak berat, gambar di atas ialah contoh pembuka selera yang ada dalam hidangan melayu. kebanyakkan pembuka selera ini adalah yg bergoreng.




ini adalah contoh sup dalam sajian hidangan melayu. contoh gambar di atas ialah sup sayur, sup cendawan dan tomnyam. kalau sebut tomnyam,tomnyam juga berasal daripada negara thailand dan mempunyai rasa pedas,masam,tajam dan manis.





ini adalah contoh hidangan utama dalam hidangan masakan melayu. di dalam hidangan utama mesti ada ayam,ikan,sayur,daging,seafood dan sebagainya.



ini adalah contoh pencuci mulut yang dihidangan dengan yang panas.  pencuci mulut ada 2 jenis, iaitu hidangan yang panas dan sejuk.



ini adalah hingan pencuci mulut yang sejuk. hidangan ini memmang porpular di dalam hidangan melayu.

sekian dari saya untuk minggu ini..

terima kasih semua.. ;)


Monday, May 12, 2014

gigi bongsu

 Gigi adalah pancaindera yang diberikan oleh tuhan kepada kita untuk mengunyah makanan,bercakap, menyanyi dan sebagainya. Kita sebagai hambaNya haruslah bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan olehNya.
Ini adalah contoh gigi yang tercantik. cantik kan gigi diaorang? putih dan bersih je.
ini adalah contoh gambar orang yang sakit gigi, kadang-kadang sakit gigi ini bukanlah kerana gigi rosak, tetapi kemungkinan gigi bongsu telah tumbuh pada gadis ini. hal ini yang berlaku pada saya pada minggu lepas sehinggalah sekarang. gigi bongsu telah tumbuh senget dan terpaksa tanggung kesakitan yang amat sangat.
ini adalah contoh gambar gigi yang tumbuh senget. apabila gigi ini tunbuh senget,ia akan mengganggu pada gigi yang lain. atau erti kata lain akan melanggar gigi yang lain.
dan bila lihat gambar ini, saya boleh tahu keadaan gigi saya yang sangat sakit itu.
dan bila lihat gambar ini.inilah perasaan saya bila gigi saya sakit..eeee
tapi bila dokter dah berjaya keluarkan gigi saya, saya masih lagi sakit.. dan tak tahu apa yang harus saya lakukan..

oleh itu, untuk mengelakkan sakit gigi,kita haruslah membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

ini adalah contoh gigi yang tidak dijaga dengan baik.

pelbagai reaksi muka kalau kita sakit gigi.

gosok gigi dengan betul supaya gigi sentiasa bersih dan sihat, selain itu haruslah memakan makanan yang berkhasiat untuk gigi.

ini adalah kedudukan gigi yang ada di dalam mulut kita.



sekian..